Selamat Datang
Laman web Elly Kraft ini direka bagi tujuan perkongsian minat untuk golongan wanita yang berminat dalam seni Kreatif. dalam laman Kreatif milik Cik Elly ini kita akan menjengah beberapa seni kraft yang kreatif dan pastinya cantik.malah dalam laman ini juga anda semua berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik untuk membuat kraft seperti membuat perhiasan rumah dengan barangan terpakai. Asalnya saya mempelajari kemahiran ini dengan ibu saya. kerana minat yang mendalam dengan seni kreatif ini lalu saya menceburi bidang ini dengan serius. namun begitu saya tidak menjual hasil tangan saya ini tetapi dijadikan perhiasan rumah dan juga cenderahati kepada kenalan rapat saya. Dalam membuat Kraft seperti pasu dan bakul saya gunakan bahan terpakai seperti surat khabar lama dan majalah terpakai. Sedikit sejarah mengenai kratf dari bahan terpakai, bermula apabila dunia mula tercemar dengan sampah sarap yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Oleh itu alternatif menjadikan bahan terpakai sebagai bahan perhiasan adalah langkah terbaik bagi menglakkan pencemaran alam sekitar. |
|